My Self

My photo
Aku Manusia, Aku Hamba Allah, Aku akan buat apa saja tuk aku dapatkan apa yang aku nak, Segala halangan, adios amigos. Kau ta suka aku, oke, terima kasih. Aku ta kesah. Mafia K8 ♛

07 February 2013

Jangan Pilih Yang Pertama, Pilih yang Terakhir

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum,,

“Percayalah rasa suka itu akan berkurang dengan berlalunya masa. Semalam mungkin kita 

suka orang itu. Tapi hari ini atau esok, mungkin kita akan suka orang lain pula. Sifat hati 

fitrahnya berbolak-balik bersama masa. Sukar untuk buat hati tetap suka pada seseorang 

melainkan dengan ikatan perkahwinan. Ummu Salamah isteri Nabi SAW pernah ditanya 

apakah yang suka disebut Rasulullah SAW. Beliau menjawab, Baginda suka membaca doa:

 “Ya Muqallibal Quluubi, Thabbit Qalbi ‘Ala Diinika.” ( Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku atas agamaMu )

 Isinya, tetapkanlah hati pada suka agama terlebih dahulu, agama tidak boleh ditukar lagi. 

Tiada agama lebih baik dari agama Islam.

 Tidak perlu gopoh tetapkan hati awal-awal pada manusia, kerana sentiasa ada manusia 

yang lebih baik dari yang seorang itu

Jangan pilih yang pertama, pilihlah yang terakhir bila tiba masanya.”


kopipasta fb - Nurul Fatin Hayyun

No comments:

Post a Comment